Sunday, July 19, 2009

Diari Hari Ini: Jangan Sampai Zikir Terhenti Walau Sesaat


Hari ini aku banyak mengoreksi diri. Pelbagai persoalan telah timbul dalam hati. Sejauhmanakah hati ini mengingati Allah?!. Adakah setiap saat Allah dihati. Atau hampir berjam-jam Allah telah dilupai. Wahai diri..Istighfarlah bertubi-tubi. Jangan berhenti memohon ampun kepada Allah. Agak mustahil mencari manusia di dunia ini yang tidak melakukan dosa setiap masa. Tutur kata, tingkah laku, dan gerak hati mesti diawasi setiap hari. Ini tanda engkau bertakwah dan mengenal Allah swt.

Apa ertinya engkau mengaku mencintai (Mengenal) Allah dan Rasulnya, jika tidak istiqamah dalam mengamal perintahNya! Bukankah engkau telah belajar cara beradab dengan Allah. Engkau telah mengkaji ciri-ciri akhlak Rasulullah untuk dicontohi. Namun, amalan sehari-sehari masih tidak seindah ilmu yang diperolehi.

Wahai diri..Apakah tujuan engkau membaca kitab-kitab sufi? sekadar dijadikan bahan bicara dalam majlis ilmu, kononya mahu dipandang berilmu tinggi, atau mahu dapat gelararan sufi. Padahal, engkau hanya menerima teguran setiap hari. MasyAllah!!! engkau bercita-cita mencontohi tauhid syeikh Abdul Qadir Jailani, mahu berjiwa seperti Al-Ghazali, menjadi pencinta Allah seperti Rabiatul Adawiyyah, mahu jadi intelektual seperti al-Kindi, dan ahli Falsafah seperti Al-Farabi. Jangan sampai semua itu hanya menjadi imaginasi dan angan-angan kosong! Tanpa mujahadah dan usaha yang gigih. Sentiasalah berwaspada dengan syaitan dan Iblis. Mereka tidak akan berhenti walau sesaat menyerangi dirimu dari pelbagai sudut, supaya kamu lalai. Mereka ingin menghalangmu menjadi Insan Rabbaniyah.

Maka wahai diri, jangan lupa mengingat Allah pada setiap saat. Itulah nyawa Ibadah mu. Kunci kebahagiaan dan merupkan ketenaganmu. Bukankah engkau ingin menjadi ulul-albab, seperti yang disebut oleh Allah swt;

“sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi Ulul albab. (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, ‘wahai tuhan kami kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia. maha suci engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka’.”- Ali-imran ayat 190-191

- Hamba Dhaif-

1 comment:

HABIBUNNAJAL said...

Salam,

Islam itu bukan sahaja terletak pada solat dan puasa, ISLAM itu semua kebaikan untuk ALLAH..ISLAM itu dari sekecil-kecil memberus gigi kepada sebesar-besar membunuh musuh ALLAH..bersama-sama kita hayati ISLAM...