Monday, July 20, 2009

Diari Hari ini: Allah Bijak Menguji

Allah Maha besar, Perngasih dan Maha Adil. Tidak dinafikan, semua makhluk dimuka bumi mendapat perhatian Allah swt dan dibawah pentadbiraNya. Jangan putus dari terus memujiNya.

Memang Allah sangat bijak menguji hambaNya. Kalau anda mempunyai kekuatan mengatasi ujian Allah dan sabar pada suatu jenis ujian, Allah akan menguji pada suatu jenis ujian yang lain sehingga engkau merasai ujiaNya itu. SememangNya itulah tanda kasihNya yang semakin tinggi kepada anda. Ada hamba Allah yang mampu mengatasi ujian-ujian besar Allah. Contohnya kebolehan menahan nafsunya dari melakukan dosa besar sperti arak, zina. dia juga sabar dan tenang sekiranya ditimpa musibah penyakit jasadiah. Namun dengan kebijaksanaan Allah..Allah datangkan ujian secara halus dlm batinya berupa ketidak tenteraman jiwa. Namun, hikmahNya besar. Yang diuji ini akan semakin dekat kepada Allah swt asbab usaha mengubati ketidak tenteraman jiwa itu. Membaca Al-Quran, berzikir makin banyak diamalkanya. Yang paling utama, berusaha mengenal Allah swt demi menggapai ketenagan dan kebahagiaan yang menjadi dambaan setiap insan yang bergelar manusia.

Allahu'alam
Hamba dhaif

No comments: