Tuesday, July 14, 2009

Respon: Boleh diskusikan kenapa muslimah mudah cair dengan kata-kata manis lelaki?

Seorang sahabiah telah bertanyakan soalan ini.

Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya membincangkan persoalan ini. Persoalan yang seharusnya dikemukakan kepada ahli-ahli psikologi. Mungkin sahabat ini ingin mengtahui secara rinci tentang isu kejiwaan. Maka, wajar rasanya dibincang secara serius walaupun bukan ahlinya.

Memahami soal kejiwaan sangat penting dalam usaha meningkatkan motivasi diri. ia penting dalam kita mengurus perasaan, lebih-lagi kepada remaja dan belia. Asal ia bergelar manusia, tidak akan terhindar dari mengalami gelora jiwa. oleh itu perlu ada pengetahuan berkaitan hal ini supaya mudah mentadbir perasaan dan emosi.

Saya teringat kata pepatah "Ikut Rasa Binasa". Banyak manusia yang binasa disebabkan kurangnya motivasi dalam mentadbir hati dan perasaan. Sedangkan, dalam hati dan perasaan terdapat unsur nafsu. Jika tiada motivasi, nafsu sebenarnya boleh memusnahkan satu kehidupan. Memang disaat menikmatinya merupakan keseronokan yang luar biasa, namun selepasnya adalah penyesalan yang luar biasa juga. Kita tidaklah menafi dan menolak nafsu yang juga merupakan nikmat besar kurniaan Tuhan. Cuma, Tuhan mahu kita berpedoman dalam menjalani kehidupan.

Berbalik kepada soalan tersebut (Bolehkah saudara (penulis) diskusikan kenapa muslimah mudah cair dengan kata-kata manis lelaki?), saya cuba respon menurut yang dimampu dengan sedikit bantuan pengtahuan yang ada.

Antara perbezaan lelaki dan perempuan, dikatakan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu perasaan, manakala perempuan mempunyai sembilan perasaan dan satu akal. Maka, dengan sembilan akal inilah lelaki sangat bijak dalam bertindak. Contohnya kebolehan mengambil hati seorang perempuan melalui kata-kata manisnya. Dengan hanya berbentengkan satu akal, mana mungkin perempuan boleh bertahan dari diterajui oleh nafsu kaum adam. Sedangkan, sembilan perasaan itu sangat sainsitif dan emosional, yang telah melahirkan identiti wanita sebagai kumpulan yang lemah dan lembut.

Kita memang maklum, lelaki dan perempuan seperti dua magnet yang apabila didekatkan saling menarik antara satu sama lain. Ia berpunca degan adanya kutub utara dan selatan pada bahan magnet itu. Saya umpamakan kutub utara dan selatan itu adalah nafsu lelaki dan nafsu perempuan. Jadi, pada kesempatan seperti inilah, lelaki yang tidak bijak pun mungkin boleh jadi bijak untuk menggoda (mengurat) atau memujuk rayu perempuan. Biasanya senjata utama untuk mempengrauhi wanita adalah kata-kata manis mereka. Terutama bagi lelaki yang memang bijaksana.

Saya berkesempatan membaca artikel berkenaan mengenali jiwa perempuan. Dalam sub topik " Di mana titik kelemahan perempuan?" Antara jawaban yang boleh dikongsi bagi menambah jawapan persoalan ialah:

kaum perempuan tidak syak lagi mempunyai lebih banyak sentimen dari kaum lelaki. Sentimen perempuan begitu mudah dirangsang atau dibangkitkan. Inilah titik-titik keburukan dan kebagusan perempuan serentak dalam satu masa. Satu hadiah yang kecil dan sehelai baju baru dapat menggembirakanya sekian lama. Begitu juga sepatah kata yang menyinggung perasaanya akan membuat jiwanya terseksa begitu lama.

perempauan juga lebih banyak terpengaruh kepada ampuan dan cakap-cakap manis. Dia boleh percaya dengan mudah segala cakap-cakap mengenai kecantikan dan kejelitaanya. Kadang-kadang seseorang perempuan itu menunggu di sepanjang hari untuk mendengar sepatah kata dari lelaki walaupun secara ambil hati sahaja.

kata penulis, seseorang perempuan pernah berkata kepadanya, " saya suka mendengar pujian orang lelaki walaupun dia berdusta." Perempuan , merasa senang bila dipuji dan percaya bahawa pujian itu tidak menyakitkan suatu apa pun, tetapi tidak kurang pula perempuan yang begitu mudah percaya bahawa lelaki itu membuat pujian secara benar-benar.

Oleh itu, wahai kaum muslimah..Allah swt telah memberikan garis panduan dalam anda menjalani kehidupan. Ikutilah ia supaya anda selamat daripada gangguan kaum adam yang tidak bertanggungjawab dan suka mengambil kesempatan. Garis panduan itu terkandung dalam Al-Quran dan sunnah Rasul. Allah swt mahu kamu sentiasa menjaga kesucian lahir dan batin. menjaga akhlak, adab dan sopan santun. Semua ini adalah benteng yang lebih kuat supaya kamu selamat dunia akhirat. Agama Islam merupkan perhiasan yang sangat indah bagi muslimah di dunia.

Kita pernah melihat sekelompok lelaki yang sedang melepak, apabila seorang muslimah dengan pakaian menjolok mata, lalu di kawasan mereka, waduh.mulut mereka seperti sekumpulan burung tiung yang bersiul-silulan. "P..wet" antara ungkapan yang begitu popular. Baik kalau hanya setakat itu, kalau terrdapat perogol bersiri..nah, hati-hati. tapi si wanita yang seksi itu..mungkin bangga sangat dengan gangguan seperti itu....kita mesti faham, walaupun kita di zaman muden yang kononya ada kebebasan, jangan sampai melampaui batas syriat..ingat! masyrakat kita tetap islam. dan masih memandang buruk itu tetap buruk, baik itu tetap baik. cuma masyarakat kita pada masa ini walaupun ditahu buruk..dibuat juga sebab sudah jadi trend dan kebiasaan dan kuatnya tarikan dunia.

Saya terlihat pula seorang muslimah yang bertudung labu atau berpakaian sopan menutup aurat. apabila melalui kawasan jejaka-jejaka seperti tadi. tiada ungkapan apa-apa pun keluar daripada mulut jejaka-jejaka itu. paling-paling hanya ada berbisik memuji seolah-seolah mengejek. "wah.. alim". namun, disebalik ejekan itu sebenarnya hatinya boleh berbisik, "wah indahnya wanita solehah , tapi aku tidak layak memilikinya, kerana aku bukan alim"

Firman Allah yang mesti direnungi:

“ Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anakanak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin; hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu….( Al-Ahzab: 59).

Gadis yang berpenampilan muslimah sejati dan hatinyapun sama..penuh dengan takwa kepada Allah, inilah yang sukar terpedaya dengan kata-kata manis lelaki.



- Sekian dari Jejaka dhaif -

No comments: