Monday, February 15, 2010

Nikmat keindahan Islam



Saya seronok berkongsi dengan satu artikel berikut yang saya jumpa dari seorang penulis blog;

Kita tidak memerlukan seorang padri, atau sesiapa sebagai perantara. Kita tidak perlukan lelaki kecil atau wanita kecil, terserah bagaimana anda mahu melihatnya. Anda bercakap secara langsung dengan Tuhan dalam sembahyang anda. Dia berada di hadapan anda. Bila saya mengatakan 'Allahu Akbar'(Allah Maha Besar) dan saya memulakan sembahyang, Dia berada di hadapan saya dan Dia mendengar kata-kata saya. Dan ini sesuatu yang menarik. la juga adalah sesuatu yang saya ketahui semenjak saya kanak-kanak, semenjak saya kecil. Saya sentiasa berdoa 'Ya Tuhan'. Saya tidak pernah berdoa 'Ya Jesus' atau seumpamanya. la tidak pernah masuk dalam fikiran saya. Jadi anda mendapatkan kasih sayang ini dari Tuhan(ALLAH). Anda mendapat cahaya tertentu dari Tuhan. Dan anda merasa tenteram di dalam hati. Anda merasakan semua kerisauan yang anda miliki sebelum ini hilang dengan periahan-lahan.

Satu lagi yang amat indah dalam Islam ialah, saya boleh bercakap tentang kematian. Saya tidak takut kepadanya. Saya mengharapkannya kerana saya tahu ada sesuatu yang menunggu saya iaitu yang lebih baik. Saya boleh bercakap dengan adik saya mengenainya. 'Apa akan terjadi apabila anda mati?' dan 'Apa akan terjadi apabila saya mati?' Apabila saya bercakap kepada kawan-kawan saya mengenainya, mereka berkata: 'Jangan bercakap tentang kematian! Perihal ini kita tidak boleh bercakap mengenainya', Saya kata,'Kenapa tidak boleh?' “Kematian bukan penghabisan” itu jawapan mereka. Tetapi Kematian ialah permulaan dan permulaan sesuatu yang indah jika anda menjalani hidup menurut jalan Tuhan. Tetapi, sesungguhnya, jika anda menjalani hidup dengan melakukan perkara keji, jika anda hanya memikirkan tentang kebendaan, maka anda akan merasakan dalam diri anda ketakutan . Anda takut apa yang akan terjadi kepada diri anda kerana secara naluri kita semua menyedari bahawa ada kehidupan selepas kematian dan ada balasan.

Kini kita sampai kepada Islam dan keuntungan atau faedah yang tersembunyi. Sudah tentu amat banyak untuk disebut dan sesungguhnya ia adalah berbagai-bagai. Dalam kaca mata saya yang penting ialah seseorang boleh mendekati Penciptanya secara langsung. Tidak ada siapa melainkan Allah SWT yang boleh mendengar dan melihat segala-galanya serta boleh menguruskan masalah setiap individu di dunia ini dengan serentak pada satu masa. la menghilangkan kebimbangan dari suasana hidup dan mati. Kita dapati dalam Islam wujud persaudaraan yang sebenarnya dan satu negara telah dapat diwujudkan daripada beberapa negara di muka bumi ini.

No comments: