Sunday, November 29, 2009

Salam Aidil Adha

SELAMAT HARI RAYA QURBAN KEPADA SEMUA...

Lama juga saya tidak menjenguk blog Ulul Al-bab..eheh.sibuk sikit fikiran sejak kebelakangan ini...klu blogger lain mngkin kesibukan itu..sudah diterjemahkan dalam blog...tapi blog ni saya dah khususkan untuk diskusi ilmu yang tenang sahaja...

Seperti juga di hari raya puasa, kesempatan ini ku sajikan beberapa ucapan hari raya qurban yang ku terima melalui sms yang mengandungi kata-kata hikmah yang menarik perhatian saya:

Makna berkorban adalah pada makna memberi, berkorban demi harta,
masa dan tenaga demi menyampaikan risalah agung,
agar cahaya kebenaran mengatasi cahaya kegelapan.
Salam Aidil Adha.

berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan..
jangan anda berdukacita kerana hidup ini meletihkan ,
sebab demikianlah hidup itu diciptakan.." (Imam syafie)

Semoga kita teruskan perjuangan seperti nabi Ibrahim yang
berkorban seluruh hidupnya untuk agama Allah.

Itu sahajalah sms yang terpilih. Banyak pengajaran dan motivasi yang boleh diperolehi daripada sejarah Pengorbanan nabi Ibrahim A.S. Salah satu yang terkesan ialah tentang Cinta....Cinta seorang Nabi kepada Allah swt. Sanggup menyembelih anaknya, untuk membuktikan yang Ia sangat mencintai Allah swt. Dia sanggup berbuat demikian jika itulah ujian Tuhan bagi menguji cintanya. Tuhan yang Maha Pengasih penyayang dengan suatu keajaiban yang sangat mudah bagi Allah...telah menggantikan pengorbanan itu dengan seekor kambing dari syurga yang bernama kibas. Itu riwayatnya. SubhanaAllah...sama-sama kita contohi cinta nabi kepada Allah. Walaupun kita bukan nabi..mereka nabi dan rasul dicipta sebagai ikutan kita dan kita mampu merasa yang mereka rasa. Kerna mereka adalah manusia biasa.

No comments: