Monday, September 7, 2009

Saya Bukan Alim

Saya tertarikh menyentuh hal ini, "Saya Bukan Alim @ Soleh dan solehah". Satu ungkapan yang biasa dilontarkan oleh remaja dan belia Islam. Kenapa saya teringin mendiskusikanya dalam blog ini. Saya rasa perlu kerana ini menggambarkan mind set megatif remaja dan belia islam. jika direnungi, ianya seolah-olah telah dijadikan alasan untuk mereka terus melaksanakan suatu tabiat kebiasaan yang tidak disukai Islam.

Mungkin pembaca selalu juga mengajak beberapa orang teman supaya melaksanakan suatu perintah Islam atau kita sendiri yang terajak. Jika yang diajak itu seorang yang pemalas dan ternyata tidak menekankan cara hidup islam dalam kehidupanya. Seoarang yang 'hua-hua' lagi. Maka jawapan-jawapan seperti " saya bukan alim" semestinya selalu dilontarkan. Itulah alasan mudah dan kukuh. So, tak payah malu-malu jika meninggalkan perintah Islam. Cukup dengan alasan seperti itu. Maka maksiat pula diteruskan.

Adik-adik, sahabat-sahabat dan kaum muslimin umumnya. Sekiranya kita termasuk kelompok-kelopmpok ini, cubalah kita sedar. Ayuh kita serius melayani agama indah ini. Kita melaksanakan perintah Allah bukanlah kerna persoalan alim atau bukan alim. Soalnya kita adalah orang Muslim! Apa ertinya kita sebagai seorang muslim atau menganut islam!?. Persoalan ini yang mesti kita hayati dan jawab serta diaplikasi. Agama ini bukan ciptaan pemikiran dan budaya manusia! malahan ia melahirkan budaya yang indah. Agama ini adalah kurniaan Tuhan yang Maha Benar.

Agama Islam adalah jalan yang maha benar. "The Way of life". Jadi, kenapa kita tidak menyelusuri jalan ini dengan mengikuti perintah Allah dan meninggalkan larangaNya. Jangan kita kembali ke ambang kejahilan setelah diberi petunjuk.

Bukankah Islam telah tumbuh di di tanah kering kontang yang dihuni masyarakat arab jahiliah. Penyembah patung berhala ciptaan tangan mereka sendiri. Kehidupan mereka tanpa petunjuk. Sistem sosial dan ekonomi yang tidak adil. Peperangan dan sifat asabiyah menjadi amalan mereka. Bebas meminum arak sehingga merosakan kewarasan akal. perempuan dilayan dengan tidak adil. anak perempuan ditanam hidup-hidup. Inilah gambaran sedikit masyarakat jahiliah daripada banyak-banyak yang rasanya tidak perlu saya hurai di sini dan ummat islam sudah sedia maklum.

Dengan datangnya Islam yang dibawa oleh Nabi kita muhammad s.a.w. semua itu telah berubah. masyarakat jahiliah telah menjadi masyarakat berakhlak mulia. Tanah Arab yang kering kontang telah berubah menjadi tamadun besar Islam dan memperluas empayarnya sehingga 2 pertiga dunia. Ia bermula dengan seorang yang tidak tahu membaca ' nabi yang ummiyi"!..tidak perlu diragui kebenaran agama ini. Ia wahyu dari Ilahi. Tuhan yang Maha Tinggi. Sekiranya kita memesongkan diri daripada jalan ini, ternyata benar tentang ungkapan mengatakan " kebanyakan Ummat Islam hari lebih jahil daripada arab jahiliah ketika itu". Kenapa? sebabnya sudah tahu jalan yang benar ditolak pula dan diperendahkan serta tidak diambil serius. Masyarakat jahiliah jadi jahil sebab tiada petunjuk ketika itu sehingga diutuskan nabi Muhammad. kita?..tepuk dada tanya iman.

Alangkah ruginya kita yang telah dilahirkan sebagai seorang Islam tetapi meninggalkan cara hidup Islam. Islam mengajar kita erti hidup dan memberi petunjuk selepas kita mati kelak. Selepas mati kita akan menjalani kehidupan yang kekal abadi iaitu kehidupan akhirat. Bukanlah rumit bagi Allah mencipta syurga dan neraka. Sedangkan dunia dan kehidupan ini, begitu muda Allah cipta dengan hanya lafaz "Kun fayakun". "Jadilah, Maka jadilah". Dan dengan sedikit ilmu kurniakan Allah kepada kita, kita mampu mencipta pelbagai benda canggih di dunia ini, bangunan-bangunan yang kompliketed dan banyak lagi bahan teknologi. Bagaimana pula dengan Allah, yang maha kaya dan sumber segala Ilmu, tidakkah mampu menciptakan syurga dan neraka?! . Allah cipta syurga tidak mampu kita membayangi keindahanya. Dicipta dengan TangaNya sendiri. Allah mencipta neraka, tidak mampu kita membayangkan kepedihnya.

Ayuh, jangan beralasan lagi dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Mulailah saat ini untuk kita berubah dan bertaubat. jika tidak, alamat tidak bahagia di dunia lebih-lebih di akhirat. Bermujahadalah. Yakinlah dengan janji Allah awt.


No comments: