Sunday, September 6, 2009

Program Ihya Ramdhan Membina Belia Bertakwa


Program Ramadhan Membina Belia Bertakwa kali ke- VI ini dilaksanakan oleh ABIM Sabah dan Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah adalah kesinambungan dari siri yang tedahulu iaitu Program Belia Bertakwa I sehingga Program Belia bertakwa VI yang telah dilaksanakan semenjak tahun 2003. Pogram ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat Ihya Ramadhan dalam kalangan Belia Islam. Pada masa yang sama program ini berusaha untuk membina generasi muda yang mempunyai kesedaran beragama tinggi. Melalui ksedaran ini, diharap mereka akan sedar tentang peranan dan tangungjawab mereka kepada diri dan masyrakat.


Modul Yang Menarik : Yang Seharusnya kita Banggai dan Cari Ikhtibar


Sebagai fasilitator yang berkecimbung dalam program Ihya Ramdhan sejak 2007 agak tertatrikh dengan modul kali ini. Modul kali ini adalah persembahan Tayangan Multimedia yang memaparkan Sejarah kegemilangan Islam sejak awal pekembanganya sehingga terbentuknya empayar dan kerajaan Islam yang besar dan kuat. Dengan iringan lagu dan muzik yang sememangnya membangkitkan semangat perjuangan terutama kepada pencinta Islam dan Spiritual Islam.


Apa yang mengkagumkan dalam persembahan ini adalah diselitkan dengan cerita perjuangan belia-belia Islam pada masa dahulu. Mereka adalah pemimpin-pemimpin agung dalam sejarah kegemilangan Islam yang diwarisi daripada Rasulullah dan para sahabat. Salahudin al-Ayyubi yang yang menawan Baitul Maqdis dan Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menawan Kota Constantinopel (Turki) dengan strategi perang yang luar biasa.


Keagungan mereka terselah bukan sahaja dalam kepahlawanan mereka di medan perang tetapi dalam bertaqarrub kepada Allah SWT. Di siang hari seperti singa menumpaskan musuh-mushuh islam dan dan di malamnya adalah sang sufi dengan munajat yang tinggi kepada Tuhan. Hati-hati mereka dilitupi takwah dan cinta kepada Allah dan Rasulnya dan agama Islam itu sendiri. Inilah yang harus dicontohi oleh belia Islam masa kini. Bukanlah kita mengajak berperang tetapi brjuang menjauhi kemunkaran dan mempertahankan nilai-nilai Islam. Namun, bila-bila masa negara kita yang aman ini pun boleh berhadapan dengan perang fizikal itu. Kita tidak tahu nasib kita dalam masa terdekat.


Dalam usaha dakwah kita, kita cuba mengubah mind set dan Spiritual set belia-belia Islam. pemikiran belia islam dan iiwa mereka sudah banyak dijajah oleh musuih-musuh Islam. Mereka kehilangan arah tuju sebenar sebagai seorang Islam. maka tanggungjawab kita mempertahankanya dan mengembalikan mentaliti dan jiwa-jwa mereka kepada mentaliti dan jiwa Islami.


Ianya bermula dari diri kita. saya ingatkan kepada diri saya dan seluruh sahabat-sahabat seperjuangan seriuslah dalam mendekatkan diri kepada Allah Swt dan menjalani kehidupan dengan nilai Islami yang utuh. Islam itu Indah, kitalah yang menonjolkanya. Bukan merosakkanya. Rebutilah pahala-pahala yang tinggi dalam ramdhan ini terutama dalam gerak kerja dakwah yang merupakan sunnah No. Satu Rasulullah. Salam Al-Mubarak dan salam perjuangan serta Ukhwah Fillah.


Marilah kita sama-sama menghayati tayangan Video ini. Modul Ihya Ramdhan Membina Belia Bertakwa IV 2009.


harap maaf. Ada kesulitan upload video

No comments: