Thursday, December 8, 2011

Mengaku Diri Baik

Dengan rendahnya Iman kita, kita selalu mengaku dan sedar bukan? Dengan ujian Tuhan yang tidak semua kita mampu hadapi.Dengan sedikit usaha untuk mencantikkan akhlak dan adab diri. Jauh sungguh kita dengan akhlak Rasulullah dan para sahabat nabi serta orang-orang soleh. Malang sekali, masih lagi banyak orang Islam yang mengaku pandai-pandai bersuara dengan mengaku dirinya baik.

Dia lupa bahawa orang Islam yang sangat baik itu adalah yang berbuat baik kepada orang jahat. Orang islam yang paling buruk itu adalah yang mengaku dirinya baik.

lagi kesal, ada orang kita yang sama perangai seperti orang jahiliah dahulu kala. Mereka pandai juga berbuat baik tetapi berbuat baik mengharapkan balasan. Jika tidak terbalas, terus mengungkit dan mengumpat. Semasa melakukan kebaikan itu, seolah-olah perbuatanya ikhlas rupanya ada udang di sebalik batu.

begitulah tingkah-tingkah kita, jika tidak terus menambah ilmu agama dan mendekatkan diri kepada Ilahi...banyak tabiat yang tidak mampu diperhalusi.

Fikir-fikirkan...

No comments: