Saturday, September 26, 2009

Ucapan Indah di Hari Raya



Sebelum menjelang raya, ucapan raya sudah pun bermula. Didahului dengan ucapan "selamat berpuasa dan selamat hari raya yang bakal menjelang tiba". Begitulah biasanya. Ucapan kepada Setiap saudara, sahabat handai, rakan dan taulan yang ditemui. Ataupun melalui kad raya. Di zaman telekomunikasi ini, kehadiran alat teknologi Telefon bimbit memeriahkan lagi ucapan perayaan ini. Yang menariknya ucapan diiringi kata-kata indah sama ada dalam bentuk pantun, sajak dan sebagainya yang berlegar melalui sms dari satu tel. bimbit ke tel. bimbit yang lain. Di sini saya ingin kongsi bersama pembaca ucapan-ucapan yang saya perolehi dari keluarga, sahabat dan rakan. Sms terpilih.


IHYA RAMDAHAN MEMBINA BELIA BERTAKWA
CABARAN DAN TARBIYAH PENDAKWAH SISMA
MAAF ZAHIR BATIN DIPINTA
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA.... najal dan keluarga (blogger)

respon dan sms yang diterima;

Tarbiyah bukan proses seketika,
tapi proses berterusan, maaf dipinta dari ku jua,
mendapat keberkatan di hari lebaran. - Qiadatul haq (zura)

Tangislah kamu dengan 2 tangisan..iaitu tangisan kesedihan untuk
lambaian Ramadhan yang akan pergi...berdoalah semoga dipertemukan
kembali..tangisi keharuan..untuk kemenagan di aidil fitri..tapi ingatlah
bahawa..' Lahaula walaquwata'illa billah"...maaf zahir dan batin - SISMA (aL-fateh blog)

Ramadhan adalah madrasah. Syawal adalah syahadah. Pada mu Allah kami pasrah.
Semua urusan kami berserah. Minal 'aidin walfaizin wa antum bikhairin. - Pengerusi WADAH

Salam Aidil Fitri..semoga kita semua termasuk dalam golongan yang kembali kepada 'fitrah'
sebagaimana yang digambarkan melalui firmaNya:
" Apakah kamu tiada mengetahui bahawa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, dibumi,
matahari, bulan, bintang-bintang yang melata dan SEBAHAGIAN BESAR dari MANUSIA?.." (aL-hAJ:18). Maaf Zahir Batin - Ummi, WADAH

Ingatan Imam Al-Ghazali " Yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH, yang mudah itu membuat DOSA, yang panjang itu AMAL." DENDAM yang terindah itu SALING MEMAAFKAN " Salam aidil Fitri Maaf Zahir Batin " - ABIM Sabah

Seputih hati, sebersih nurani, sesusun jari menyuci diri, semoga ikatan terus bersemi. Ukhwah yang Hanif tulus di hati..salam lebaran Maaf zahir dan Batin - Sekretariat ABIM putatan

Salam aidil Fitri. Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi, dalam kemiskinan, harta, ada kekayaan jiwa, dalam kelembutan lidah, ada keterlanjuran kata, dalam gurau dan senda, ada khilaf dan dosa. - Mar, PTPL

" Ketupat Pulut di di Atas parah, Hendak direbus ditepi perigi,
sms dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidil fitri" Selamat Hari Raya Maaf Zahir batin - Peserta Ihyaramdhan

Dalam hidup ku Aku belajar bagaimana untuk bahagia, untuk berkorban, untuk mengasihi, untuk menyayangi, untuk gembira, untuk rajin untuk jujur, tapi seumur hidupku tidak pernah aku belajar untuk melupakan teman-teman ku semoga mereka semua mendapat tempat yang baik di sisi Allah..amin.. & Kesempatan ini juga aku mohon kemaafan dari semua teman-teman " Salam Aidil Fitri" - dhang, SISMA

Sebelum sampai.....ke Penghujung Ramadhan;
Sebelum terlupa Hajat nak disampaikan; Sebelum orang berpusu-pusu Nak hantar Ucapan;
dan Sblum Network/ Line Trafik JAM...! Daku ucapkandulu semoga " Hari RayaAidil Fitri thun Ini dSambut Meriah diSisi Keluarga & Sahbat henDaknya- Maaf Zahir Batin - su, SISMA


Itujalah ucapan kreatif raya mellaui sms yang dapat sy kongsi..semoga mendapat sedikit manfaat....

"Allahumma Solli ala sayyidina muhammad wa ala alihi wasabihi wasallam" ........... Hari raya 2009


No comments: