Saturday, June 27, 2009

Pandangan Alam Islam: Apa yang kita tidak tahu, dan Orang lain pun tidak tahu tentang diri kita?

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang, yang Maha berkuasa dan pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Rasul penyuluh hidup ummat manusia daripada kegelapan kepada cahaya.
Semoga cinta kita kepada Allah dan Rasul tiada yang mengatasinya termasuk ibu bapa kita. Kita sematkan di dalam hati..bahawa cinta kepada Allah adalah maha tinggi yang mesti digapai.

Di kesempatan ini ingin saya nukilkan suatu bicara ilmu untuk adik-adik dan saudaraku muslimah (rakan seperjuangan) yang mungkin dalam kekeliruan dalam mengatur kehidupan termasuk perasaan.…

Alhamdulillah..
Allah telah memilih kita dalam satu gerakan yang berlandaskan petunjuknya…inilah hidayah..dan hidayah secara fithrahnya merupakan matlamat hati kita…jadi..patutkah kita melepaskanya dan mencari jalan yang padanya mungkin terdapat jerat-jerat syaitan…

Oleh itu…apabila kita telah memilih jalan dakwah ini..kenapakah setiap langkah kita, kita tidak memilih jalan yang selari dengan landasan ini termasuk dalam memilih jodoh…ingatlah..jalan ini (al-quran dan sunnah) adalah jalan kebagahagiaan yang Allah sediakan..bergantunglah sama ada kita mahu menyelusurinya atau tidak…namun, dikesempatan ini..tidaklah saya berbicara lebih tentang jodoh..Cuma mungkin menarik dengan memilih soal jodoh sebagai fokus dan contoh dalam diskusi ini…kerana saya yakin kita masih keliru dalam hal ini….

Kita sebagai fasilitator islamik ..baru-baru sahaja mendiskusikan bersama adik-adik fasi dalam sebahagian slot modul Pra-U (LDK)..iaitu tantang ungkapan… “ kita tidak tahu, orang lain pun tidak tahu tentang diri kita”.. apakah itu?..kita jawab....antaranya rezki..maut dan jodoh…

Allah SWT berfirman dalam surah An-Naml ayat 65 : "dan katakanlah hai Muhammad kepada umatmu, bahawa tiada siapa di langit mahupun di bumi yang mengetahui perkara Ghaib kecuali Allah"

Justeru, hal mendapat jodoh pada masa hadapan adalah termasuk satu perkara ghaib yang tidak diketahui oleh manusia..Ia hanya diketahui oleh Allah SWT.

Maka, buah fikiran utama dalam diskusi ini ialah…perlunya kita mengetahui sesuatu dalam perkara "apa yang kita tidak tahu dan orang lain pun tidak tahu tentang diri kita ”

Jadi, apakah perkara yang saya maksudkan yang perlu kita ketahui itu..semestinya…"persediaan sbelum menghadapi perkara itu”… walaupun ada takdir, tapi Allah memberi ruang ikhtiar..dan bagi saya persediaan itu adalah ikhtiar terbaik sebelum menghadapi perkara ghaib ini..

Jika Allah SWT telah berfirman….”perempuan-perampuan yang baik, adalah untuk laki-laki-laki yang baik, perempuan-perempuan yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik”..maka kaedah yang baik dalam mengatur hidup dan perasaan, atau ikhtiar yang baik adalah berusaha menjadi perempuan dan lelaki yang baik…barulah kita boleh menyakini bahawa..”perkara yang kita tidak tahu itu, dan orang lainpun tidak tahu”....kita sudah tahu iaitu bila tiba masanya..ia adalah khabar yang baik dan kehidupan yang bahagia….tiada manusia dalam dunia ini..yang tidak inginkan kebahagiaan……yakinlah dengan janji Allah itu.. jika kita benar-benar beriman….

Inilah persepsi islami…persepsi tuaian al-quran dan sunnah nabi…

Wahai muslimah…jadilah perigi yang airnya bersih dan suci…kerna semestiya....orang yang inginkan air bersih dan suci dari perigi itu…akan mencari timba yang bersih untuk mendapatkan air bersih bagi mengelakkan tercemarnya air itu….maksudnya,..menjadi wanita solehah (hati bersih dan suci) itulah ikhtihar mu dalam mencari jodoh….InsyAllah…Tuhan akan memilih pasangan yang sesuai dengan mu…..diumpamakan timba yang bersih itu….
Hayatilah hadis nabi :

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Kamu jangan berkahwin dengan seorang perempuan kerana kecantikannya, kerana kecantikan akan memusnahkan dirinya. Jangan kamu berkahwin dengan perempuan kerana kekayaannya kerana kekayaan akan membuat derhaka. Kahwinlah dengan perempuan kerana agamanya. Sesungguhnya bahawa seorang perempuan pesuruh yang baik pengamalan agamanya adalah lebih baik dikahwini, sekalipun berkulit hitam dan cuping telinganya berlubang besar".

Madah Untuk Wanita Solehah

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan Wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan Wanita oslehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik Wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu ,
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan Wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan Wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan Wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan Wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai Wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,
Wahai Wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,
Wahai Wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai Wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada Wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama

Walauapapun..Bukankah kita telah beriman dengan takdir?..dan ingatlah setiap inci dan saat gerakan dan perbuatan kita adalah terlibat dalam proses takdir Allah swt….sebab itulah..mengingati Allah adalah asas atau nyawa dalam beribadah kepadaNya….InsyAllah..kita boleh berjaya dalam perjuangan menengani pergolakan jiwa...dan tenang serta bahagia...dengan bergantung dan redha di atas ketentuanNya..hidup ini adalah juga menerima ujianNya...duka dan lara..itu adalah lumrah dan sunnah kehidupan...yang tiada seorang pun mampu menolaknya..teruskanlah berada di jalan-Nya......

Bagaimanakah kedudukan Cinta?...akan bersambung......atau klik video ini




2 comments:

wawan said...

assalamualaikum..terima kasih saudara sisma yang mengutarakan kenyataan tentang wanita apatah lagi mengenai jodoh..memang x disangkal,jodoh adalah aspek yang penting dalam hidup setiap wanita..kerna jodoh yang mereka pilih itu akan membimbing mereka ke jaln yang benar...ke jalan yang diredhai ALLAH SWT..setiap wanita inginkan jodoh yang dirahmati ALLAh SWT agar kebahagian mereka akn terjamin.kita hanya mampu merancang,ALLAH SWT yang menentukannya..apa pun saya tertarik dengan kenaetaan yang diutarakan ini.terima kasih

Hilmie Bin Milus said...

Assalamualaikum..memang prkara yg perlu utk kta brbincang mngenai knyataan soal jodoh ni krn ramai org khsusnya para belia dn beliawanis menganggap jodoh ini ditentukn oleh mreka sndiri atau ibubpa mereka sndiri..pdhal Allah yg mnetapkan sgala2nya,sprti yg diutarakn oleh saudara sisma bhw soal jodoh adalh prkara yg kta xthu dn org lain pn xtahu..s0,hnya Allah yg tahu dn Dia yg menentukn dn kta hny mmpu mrancg.. so,d harpkn kpd smua umat Islam,khususnya para muslimah agr mmahami hkikat jodoh dn cinta ssama mnusia dn brusahalah mnjdi muslimah sprti yg dimksudkn oleh Baginda Rasulullah s.a.w dlm hadisnya sprti di atas iaitu lgkap dgn keempt2 ciri trsebut trutmanya ciri2 agama yg baik agr dpt mnjadi seorg muslimah yg baik dn seterusny insyaAllah dipertemukn dgn llaki yg baik..Wallahualam..