Asslamualaikum w.t.b. kepada Sidang pembaca muslimin dan muslimat...terutama kepada ahli-ahli SISMA yang berkunjung ke blog ini. Sesungguhnya, blog ini diwujudkan sebagai kesinambungan perbincangan ilmu yang dibuat dalam Diskusi Ilmu Mingguan (DI) supaya perbincangan tentang suatu topik dapat difahami dengan lebih sempurna dan bermakna. Barangkali dalam diskusi ilmu mingguan yang kita buat itu, terdapat banyak perkara yang ingin disampaikan dan dikongsikan bersama, namun ianya terbantut disebabkan kekangan masa, ataupun ketika itu kurangnya curahan idea dan persediaan sebelum menghadirinya sehinggakan pengetahuan dan maklumat yang diperolehi tidaklah banyak. Maka kewujudan blog ini adalah sangat wajar. Ia juga merupakan satu wadah bagi Ahli-ahli SISMA supaya menghayati dan mempraktikkan 5 teras budaya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan lebih utuh dan beristiqamah. Lima teras budaya itu ialah:-
1. Budaya Ilmu
2. Amalan kerohanian
3. Amal Jama'i
4. Memahami isu semasa
5. Jihad Fi Sabilillah
Teras Budaya ini semestinya didahului dengan " Budaya Ilmu". Malah, selalu ditekankan bahawa asas perjuangan gerakan kita adalah berasaskan "Ilmu". Persoalanya, sejauhmana kita menghayati 5 Teras budaya ABIM ini? Terutama budaya ilmu!..ataukah menghafal 5 teras budaya ini masih belum selesai lagi.
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini, berkongsi ilmu, sering memberi motivasi dan berkongsi pelbagai perkara untuk menjana intelek kita, menguatkan rohani islami dalam sarana mendidik akal budi (Tema 25 tahun ABIM Sabah), dan tidak lupa juga perkara yang menjadi tonggak kekuatan kita iaitu untuk memperkukuhkan ukhwah islamiyah.
No comments:
Post a Comment